Friday, March 25, 2011

Fungsi Processor, Jenis Processor dan Soket Processor

Fungsi Processor (CPU)
Processor adalah berfungsi untuk memproses data yang diterima dari masukan (input). Ia juga digambarkan sebagai “otak” kepada komputer dimana setiap data akan melalui processor bagi menghasilkan keluaran (output) yang sepatutnya. Tanpa processor, komputer tidak dapat berfungsi, sesuai dengan nama lainnya iaitu Central Processing Unit atau ringkasannya CPU.
Sebagai contoh, ketika anda taip alamat blog ini, maka processor akan menerima masukan tersebut dan berurusan dengan komponen-komponen komputer yang lain seperti RAM, hard disk, motherboard, dan lain-lain komponen bagi menghasilkan keluaran / hasil yang anda kehendaki. Sekiranya processor tidak berfungsi, maka komponen-komponen komputer yang lain juga tidak dapat berfungsi.

Rekabentuk Processor

Pada masa dahulu, rekabentuk processor sesuai dipasang secara slot. Tetapi kini, rekabentuk processor semuanya sesuai dipasang secara soket. Umumnya, kini terdapat dua pengeluar processor iaitu Intel dan AMD. Rekabentuk luarannya hampir sama, iaitu berbentuk segiempat dan mempunyai pin-pin yang banyak sebagai connector kepada motherboard. Terdapat rekabentuk terkini dari Intel iaitu soket LGA775 yang tidak mempunyai pin, sebaliknya motherboard yang mempunyai pin-pin connector untuk dihubungkan dengan processor.

Pemilihan Processor

Jika imbas kembali kepada tips pemilihan motherboard, jenis processor dan soket processor adalah perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum membeli motherboard. Pendek kata, processor adalah komponen perkakasan komputer terpenting sebelum membeli komponen-komponen komputer yang lain. Perlu diingatkan juga, kebiasaannya processor adalah perkakasan komputer yang paling mahal.

Jenis-Jenis Processor:
Intel
- Pentium II
- Pentium III
- Pentium IV
- Pentium IV Celeron
- Pentium D
- Dual Core
- Core 2 Duo
- Core 2 Extreme
- Quad Core
AMD
- Sempron
- Athlon
- Athlon AM2 X2
- Phenom
Setelah menentukan jenis processor yang dikehendaki, kita perlu melihat kepada no soket processor pula. Ini amat penting supaya kita tidak tersilap memilih motherboard yang tidak compatible dengan processor kita.

0 comments:

Post a Comment

 

About

Site Info

Text

Purple Studio Entertainment Copyright © 2009 Community is Designed by Bie